Jake Paul Dedah Transformasi Ladang Mewah RM162 Juta Dengan Litar F1 dan Landasa

Jake Paul Dedah Transformasi Ladang Mewah RM162 Juta Dengan Litar F1 dan Landasa

GEORGIA, 15 Jan — Bintang YouTube dan peninju profesional Jake Paul mendedahkan rancangan transformasi besar-besaran untuk ladang mewahnya bernilai AS$40 juta (RM162 juta) di Georgia, Amerika Syarikat, yang bakal dilengkapi litar Formula 1 dan landasan pesawat peribadi.

Paul membeli hartanah seluas 6,000 ekar itu menggunakan wang kemenangan daripada pertarungannya menentang legenda tinju Mike Tyson pada November 2024.

"Kami akan membina landasan untuk mendaratkan pesawat global 'Paul Air'," kata Paul dalam video jelajah hartanah yang dimuat naik semasa tempoh pemulihan kecederaan rahang.

"Ia akan menjadi landasan penuh sepanjang satu batu setengah (2.4 kilometer). Di kawasan tanah rata ini juga, kami akan membina litar Formula 1 (F1) yang lengkap," jelasnya.

Menurut Paul, dia mahu melakukan sesuatu yang berbeza berbanding pemilik kereta mewah lain yang hanya memandu di lebuh raya biasa.

"Bina litar lumba supaya saya benar-benar boleh memandu kereta tersebut, dan kemudian teruskan menambah koleksi kereta terpantas serta kereta lumba," katanya.

Paul turut berkongsi visi untuk menjadikan hartanah yang dinamakan 'Paul Reserve' itu sebagai kelab keahlian eksklusif dengan rumah di tepi litar dan kemudahan peribadi.

Setakat ini, ladang tersebut sudah dilengkapi dengan laluan masuk sepanjang tiga batu, empat buah rumah, kedai, gimnasium tinju, bangunan penyimpanan, stesen minyak peribadi dan lokasi untuk aktiviti sukan air.

Paul memilih lokasi di Georgia kerana memerlukan tanah yang rata dan cuaca yang sesuai sepanjang tahun untuk projek berkenaan.

Peninju berusia 27 tahun itu mengalami kekalahan teruk kepada Anthony Joshua pada Disember 2025 yang menyebabkan rahangnya patah, tetapi terus aktif dengan kemenangan ke atas Julio Cesar Chavez Jr. pada Jun 2025.

Read more