Sangka Ikan Besar di Sungai Kelantan, Rupanya Wanita Hampir Lemas

15 Januari 2026 MALAYSIA, 15 Jan - Dua pemancing terkejut apabila objek yang disangka ikan besar di Sungai Kelantan rupanya seorang wanita yang hanyut...

Sangka Ikan Besar di Sungai Kelantan, Rupanya Wanita Hampir Lemas

MALAYSIA, 15 Jan - Dua pemancing terkejut apabila objek yang disangka ikan besar di Sungai Kelantan rupanya seorang wanita yang hanyut hampir lemas pada Khamis.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui pada jam 8.30 pagi di kawasan berdekatan Jeti Feri, Kota Bharu.

Salah seorang pemancing, Engku Aris Raja Yaacob, 68, dan rakannya berjaya menyelamatkan mangsa dengan membawanya ke tebing sungai.

"Kami ingatkan ikan, apabila datang dekat memang terkejut rupa-rupanya wanita dengan keadaan nyawa-nyawa ikan," kata Engku Aris kepada pemberita.

Kedua-dua pemancing itu baru lima minit turun mengemudi bot dari Jeti Kutan, Wakfa Bharu, Tumpat, sebelum menjumpai mangsa.

Engku Aris memegang tangan wanita itu untuk dibawa ke tebing dan kemudian menghubungi talian kecemasan.

Pegawai Unit Marin APM, Mansor Ab Rashid, berkata enam anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Mangsa ditemui dalam keadaan masih bernyawa dan diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan.

Read more